YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA

YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA
KDRK AHLI 180

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA PEKIDA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA    PEKIDA
PERJUANGAN HENDAKLAH IKHLS SUPAYA KITA TIDAK DILAKNT OLEH ALLAH SUBHANALLAHTAALA,

Thursday, January 28, 2010

KEKECEWAAN Ayahanda Paduka Pak Uda

Ahli Jemaah yang kurang pengetahuan perjuangan melibatkan maruah dan tanggapan masyarakat terhadap ahli Pekida yang telah berlaku di Tumpat Kelantan, boleh dijadikan pengajaran. Paduka Ayahanda merasa kecewa dengagn apa yang berlaku. Semasa Paduka Ayahanda yang juga merangkap Pembantu Khas Presiden Pekida pulang ke Tumpat bagi melawat ayahandanya yang uzur, berlaku satu insiden antara ahli jemaah sesama ahli jemaah. Sepatutnya peristiwa ini tidak berlaku kalau ahli jemaah memahami kedudukan saya di dalam Ahli Jemaah dan juga dalam Pertubuhan Pekida. Peristiwa yang dimaksudkan adalah berlaku satu pertengkaran antara ahli jemaah Wakaf Bharu dengan Tumpat membabit dan memburukkan ayah-ayah kawasan. Kata-kata yang telah dilepaskan oleh anak jemaah Ayahanda Tumpat amatlah mendukacitakan. Sebagai ahli jemaah tidaklah sepatutnya mempertikaikan perkara yang tidak berkaitan iaitu memburukkan peribadi ayah-ayah. Setahu saya ayah-ayah yang dilantik sebagai ayahanda adalah dikalangan ahli jemaah yang telah diistihar sebagai Abg Long selama beberapa tahun bukanlah dilantik secara segera seperti fenomena sekarang. Selama 30 tahun saya berjuang di dalam jemaah, tidak pernah mendengar anak-anak jemaah mempertikaikan dan memburukkan ayah-ayah yang dilantik di dalam pertubuhan apa sekalipun asalkan dia adalah ayahanda yang dilantik dan di bi'ah secara sah. Ayahanda yang dilantik dalam pertubuhan apa sekalipun, asalkan namanya AYAHANDA, harus dihormati!!!, itulah perjuangan yang dituntut mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Ini kerana ayahanda yang dilantik adalah dikalangan ahli jemaah asal yang tahu tatasusila perjuangan yang sebenar bukan sekadar dilantik untuk kepentingan individu dan ada maksud lain. Kita berjuang atas Sunnah Rasullulah yang digelar FISABILILLAH...Amar Makruf Nahyi Mungkar!
Sebagai ayahanda yang terbabit hendaklah mengajar anak-anak jemaah supaya berbudi bahasa jangan mengikut emosi dan jangan cuba mempertikaikan dan memecahbelahkan sesama sendiri. Mesti faham perjuangan dan hala tuju Perjuangan. Saya memandang serius perkara ini kerana Ayahanda sendiri yang terbabit dalam insiden tersebut. Perkara sebeginilah yang membuatkan persepsi masyarakat terhadap Pekida Malaysia selalu dipandang negatif. Di harap pihak Majlis Tertinggi Pekida Malaysia memandang serius perkara ini, jangan memandang ringan apa yang berlaku. Sekiranya mana-mana ahli jemaah kawasan yang menimbulkan masalah hendaklah ayahanda yang dilantik oleh Pekida Malaysia ditarik watikahnya dengan serta merta supaya Pekida Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat. Mana-mana ahli jemaah asalkan mereka itu berbi'ah hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang Paduka Ayahanda katakan di atas supaya kita dapat bersatu dalam perjuangan asal.

Perjumpaan tidak rasmi bersama Jemaah Pekida Kelantan

Pada hari khamis malam, 21hb jan 2010, bertempat di persiaran Hotel Pelangi Kota Bharu, perbincangan bersama Paduka Ayahanda Syed Nasir, Kanda Hamid Beris, Paksu Mie Tawang, Abg. Long Li Wakaf Bharu, Sarjan Kamaruddin, Eddy Komando serta ahli jemaah pekida yang lain telah berlangsung dalam suasana tidak formal.

Tuesday, January 19, 2010

Saturday, January 16, 2010

Sunday, January 10, 2010

Majlis Konvensyen Pekida di Putrajaya



Majlis Konvensyen ayahanda-ayahanda yang bertarikh 8 jun 2006
bertempat di Armada, Putrajaya.

Monday, January 4, 2010

PERLANTIKAN ABANG LONG


Perlantikan Mohd Zabri Mahamad [Abg Long Zam] DanAswady Asri [Abg Ngah]Rating Flora Damansara. oleh Paduka Ayahndanda Pak uda Permata UK

YANG MULIA PADUKA AYAHNDA





Yang Mulia Paduka Ayahanda

Sunday, January 3, 2010

PADUKA AYAHANDA BERSAMA PEMIMPIN NEGARA


Datuk Seri Najib Tun AbRazak
  • Bersama Datuk Noh HjOmar
  • Menteri Pertaniaan Asas Tani

LAWATAN BERSAMA PRESIDEN PEKIDA MIRI SARAWAK




Barisan Ayahanda-Ayahanda Pekida bersama Presiden Pekida di-Miri Sarawak

Sambutan Majlis Hari Lahir Bonda



Selamat Hari Lahir Ke-60 Tahun untuk Bonda Semoga dipanjangkan Usia

MAJLIS PERKAHWINAN






Ayahanda Pak uda bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Dan Dato SeriHj Adnan yackob Menteri Besar Pahang Majlis perkahwinan di Bandar Baru

Ahli Jeamah Pekida Machang Kelantan



Ayahanda bersama dengan Ahli Jeaamah Machang Abg Long Mat Yee Kemando, Abg Long PakHim Bachok

BERGAMBAR KENANGAN BARISAN AYAHANDA


Perkhawinan anak Jeaamah Ayahanda Puzi Negro di UIA Gombak

Saturday, January 2, 2010

AMANAT DARI PADUKA AYAHANDA PAK UDA

03 Januari 2009

Dengan ini ayahanda menasihatkan kepada ahli sunnah wal-jemaah yang telah berikrar dan taat setia dengan perkataan walilahi, wabilahi, watolahi supaya mematuhi perjanjian dengan Allah S.W.T dengan mengikut sunnah Rasululah dan berpegang pada janji kita supaya tidak ditimpa malapetaka dari Allah S.W.T. Ayahanda ingin menasihat supaya ahli jemaah hendaklah berhati-hati mengikut undang-undang perlembagaan dan undang2 kerajaan. Sekiranya kita hendak membuat sesuatu pusinglah kebelakang,kekiri dan kekanan supaya kita tidak tersalah jalan dan kita tidak dimurkai oleh Allah S.W.T.

Kita juga tidak dianggap oleh masyarakat sebagai kumpulan yang menghuru harakan keadaan. Kita ingin dipandang oleh masyarakat bahawa jemaah kita bersih dengan cogan kata 'amal makruf nahyi mungkar'. Menegakkan agama, bangsa dan tanah air tercinta. Itu sahajalah amanat yang dapat ayahanda berikan kepada kesemua ahli jemaah.

ALLAHU AKBAR. ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR!!!!!!

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Taman Permata, U.K




Selawat ke atas Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W


Perarakan Beramai-ramai ahli Jemaah Pekida


Pada sambutan Maulidur Rasul tahun 2008, Jemaah Pekida Taman Permata telah menjayakan Majlis Maulidur Rasul di Ulu Kelang.
Aktiviti seperti selawat telah diketuai oleh Paduka Ayahanda Pak Uda dan diiringi oleh ahli-ahli Jemaah mengelilingi Taman Permata dan kawasan sekitarnya.

PERASMIAN PERJABAT PEKIDA KUALA KRAI






Majlis Perasmian Pejabat Pekida Kuala Krai Kelantan. Bersama Ayahanda Hj Ahmad ,Ayahanda SJaafar Sg Besi, Ayahanda Din Damai dan Ayahanda Pak UdaAdd Image

JEMA'AH TAMAN PERMATA




Logo Ahli Jemaah Ranting Taman Permata Dibawah pimpinan Paduka Ayahanda Pak uda

JEAAMAH TAMAN PERMATA UK






02 januari 2010

Saya mula menceburi dalam blog dengan bantuan isteri saya. Inilah kali pertama saya membuat blog. Sekiranya ada kekurangan pada blog saya ini saya minta tunjuk ajar daripada anda. Sebenarnya tujuan saya membuat blog ini untuk berkongsi pandangan dan pendapat, memberitahu aktiviti2 saya dan perkembangan terbaru. Saya harap blog ini boleh menjadi panduan kepada saudara2 seangkatan, ahli2 dan sebagainya.