YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA

YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA
KDRK AHLI 180

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA PEKIDA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA    PEKIDA
PERJUANGAN HENDAKLAH IKHLS SUPAYA KITA TIDAK DILAKNT OLEH ALLAH SUBHANALLAHTAALA,

Wednesday, March 17, 2010

PENGAGIHAN WANG EHSAN

Saya terbaca berita harian 18hb mac 2010 dan amat tertarik dengan kata-kata berkaitan pembahagian wang ehsan dan bantuan kemiskinan oleh ahli-ahli politik di Kelantan kepada golongan yang miskin dan pendapatannya tidak seberapa. Saya rasa bangga tetapi kata-kata ini janganlah tinggal kenangan sahaja kerana yang miskin tetap miskin yang kaya bertambah kaya. Saya sudah mendengar kata-kata ini hampir 25 tahun berlalu semasa saya masih lagi berkecimpung dalam politik sehinggalah saya merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki, namun malangnya fenomena yang sama tetap membelengu hidup rakyat kelantan. Masih terdapat rakyat di negeri Kelantan ini yang hidup susah yang bekerja kampung terutama golongan warga emas yang tidak seberapa pendapatannya. Golongan inilah yang menjadi mangsa golongan cerdik pandai yang ada kepentingan diri. Orang kelantan masih lagi memakai budaya sifat permalu maka apa yang hendak disampaikan tidak kesampaian walau pun mereka ini susah.
Saya amat sedih melihat fenomena yang berlaku setelah pilihan raya berlalu. Dimanakah janji yang diucapkan oleh pihak-pihak yang terbabit samada Pemerintah atau pun Pembangkang.
Orang yang bertanggungjawab hendaklah JUJUR dan IKHLAS dalam menjalankan amanah yang telah diberikan supaya bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sampai ke tangan pihak yang betul-betul memerlukan. Itulah yang dinamakan Wang Ehsan iaitu 'wang kasihan belas' kepada rakyat yang susah dan miskin. Janganlah mengikut kroni-kroni yang sudah tentunya mempunyai hidup mewah tetapi membohongi pihak pemerintah dengan mengatakan hidup mereka susah. Pihak tersebut sepatutnya memberi peluang kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan dan janganlah mementingkan diri sendiri sahaja. Sepanjang pemerhatian saya apabila pulang ke kampung terdapat ramai sebenarnya yang hidup bagaikan 'makan pagi kais pagi, makan petang kais petang'. Antara mereka pula, terdapat hampir 70% merupakan golongan warga emas yang tidak berupaya lagi melakukan kerja-kerja berat. Mereka inilah sebenarnya yang patut diberi perhatian kerana undi mereka yang menentukan bangun dan jatuhnya seseorang pemimpin itu. Wakil rakyat yang menang ataupun yang kalah harus mendengar keluhan rakyat bawahan janganlah memandang ringan situasi tersebut. Ini kerana undian rakyat menentukan kepimpinan. Keprihatinan Kerajaan amatlah dinanti-nantikan dengan penuh harapan dan terima kasih tidak terhingga. Sekianlah..Selamat Berjuang Demi Agama, Bangsa Dan Negara!


Monday, March 15, 2010

Sambutan Majlis Maulidur Rasul Daerah Batu Pahat, Johor.




Ahli Jemaah Pekida Daerah Batu Pahat, Johor Bharu


Barisan Ayahanda-Ayahanda Johor Bharu Ketibaan Ayahana-Ayahanda disambut ahli Jemaah





Sambutan Maulidul Rasul Daerah Batu Pahat pada hari sabtu, 12 Mac 2010 telah diadakan di Madrasah Muhamadiah Pengajian Al-Qura'an, Banang Height, Batu Pahat di bawah Jema'ah Abg Long Syed Pasar. Majlis telah dihadiri oleh ayahanda Baharom,(Johor Bharu) , Ayahanda Abd Jabbar (Ledang), Ayahanda Misman Badri (Segamat), Ayahanda Zakaria Awang Chik (Sg. Rengit, Kota Tinggi) , Ayahanda Azmi (Pasir Gudang)Ayahanda Akil( Pontian dan YM Paduka Ayahanda Pak Uda (Ulu Klang,Selangor).