YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA

YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA
KDRK AHLI 180

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA PEKIDA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA    PEKIDA
PERJUANGAN HENDAKLAH IKHLS SUPAYA KITA TIDAK DILAKNT OLEH ALLAH SUBHANALLAHTAALA,

Tuesday, August 17, 2010

SUMBANGAN KEBAJIKAN ADUN HULU KLANG







Penyampaian mesin kesihatan kepada Ayahanda Pak Uda dan penduduk Taman Permata oleh YB Sa'ari Shuib, Adun Hulu Kelang. Bagi pihak Ayahanda mengucapkan ribuan terima kasih atas prihatin YB kepada Ayahanda dan warga penduduk Taman Permata. BERBUDI, MENGENANG BUDI DAN MEMBALAS BUDI. Itulah pegangan hidup seorang Islam. Wasalamu Bil Khoiri Ajmain.

Monday, August 16, 2010

Daripada Ayahanda Pak Uda ~Mutiara Peringatan~

Kepada ahli-ahli yang berbai'ah dan bersumpah menggunakan Al-Quran dan menyebut atas nama Allah, maka hendaklah benar-benar berjihad ke jalan Allah bukannya mengikut hawa nafsu dan ada tujuan untuk kepentingan diri sendiri. Hendaklah bersatu hati, perjuangan kita belum selesai untuk menegakkan Agama, Bangsa dan Tanah air sebagaimana yang dilafazkan dihadapan Ayahanda semasa kita hendak menjadi ahli jihad dengan kerelaan hati sendiri. Allah melihat apa yang anda lakukan.

'JIKALAU HANYUT DILAUTAN LAMBAT LAUN BERJUMPA PANTAI JIKALAU HANYUT DALAM KEHIDUPAN SELAGI KITA TIDAK DATANG KEINSAFAN DAN TIDAK MENERIMA KHIFARAT DARI ALLAH SELAGI ITULAH KITA TIDAK SEDAR KESILAPAN YANG KITA LAKUKAN MERANALAH KITA SEPANJANG MASA'

ALLAHU AKBAR...WALILAHIL HAM...

Sunday, August 15, 2010

Pengharapan Ayahanda Pak Uda agar kembali ke pangkal jalan demi PERJUANGAN!!

Demi sumpah dan junjungan Al-Qur'an yang telah dilafazkan, hendaklah dipatuhi. Perkara ini telahpun ditalbiahkan sebelum menjadi ahli fil sabililah. Ayahanda berasa terlalu kecewa dan malu apabila akhbar Harian Metro bertarikh 15 Ogos 2010 iaitu pada hari Ahad menyiarkan berita dan kritikan dari ulamak dan mufti yang sungguh mengaibkan berhubung pertubuhan berkaitan bai'ah. Apa yang dikatakan oleh Ayah Haji adalah benar-benar terjadi buat masa ini kerana keghairahan mencari ahli tanpa menyelidik dan diuji terlebih dahulu. Perkara ini telahpun diberi peringatan berkali-kali tidak kira pertubuhan mana sekalipun asal ahli-ahlinya bersumpah dan menjunjung Al-Qur'an. Buat masa inipun ahli yang pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran ada yang tidak menghormati Ayahanda-Ayahanda tidak seperti dahulu. Ini kerana mereka dipengaruhi oleh ayah-ayah yang mempunyai agenda yang tersendiri dan tersembunyi. Semua ini dilakukan adalah untuk kepentingan peribadi. Hilang sumpah, hilang junjung dan hilang segala-gala terutama keislaman dan perjuangan sebenar. Inilah yang membuatkan Ayahanda amat-amat kecewa apabila tersiarnya berita diakhbar sebegini rupa. Ayahanda Pak Uda berharap Ayahanda-Ayahanda yang dilantik hendaklah mengambil perkara ini sebagai ikhtibar supaya perjuangan ini tidak disalahgunakan oleh ahli-ahli yang tidak bertanggungjawab. Mengangkat sumpah dan menjunjung Al-Quran dengan menyebut nama Allah S.W.T akibatnya menjadi huru hara jika tidak dibendung oleh Ayahanda-Ayahanda yang dilantik secara bertauliah. Ramai yang ingin menjadi ahli pertubuhan berbai'ah tetapi tidak sampai ke hala tuju sebenar sebab talbiahnya tidak mencukupi dan mendalami makna perjuangan sebenar. Inilah yang membuat keadaan sekarang dipandang rendah oleh masyarakat terutama alim ulamak yang ada di negara ini. Janganlah kita semata-mata ingin membanyakkan ahli tetapi tidak menjaga, tidak menghormati malah tidak takut kepada Ayahanda-Ayahanda. Adakalanya ahli jemaah sanggup menburuk-burukkan Ayah-Ayah dengan menabur fitnah yang berunsurkan dengki dan khianat. Apabila ditegur oleh Ayahanda mereka tidak dapat menerimanya kerana kurang didikan agama lalu lari kepada Ayahanda-Ayahanda yang mereka rasakan dapat memberi perlindungan ke jalan kejahatan. Ada pula Ayahanda-Ayahanda lain yang cuba bersengkogkol dengan ahli-ahli yang sebegini rupa. Inilah yang membuatkan pertubuhan berbai'ah selalu dipandang buruk dan negatif oleh segelintir masyarakat. Sepatutnya kita rasa malu. Dahulu dimana-mana apabila disebut Ayahanda maka kita rasa takut dan kita menghormati tetapi sekarang ini Ayahanda-Ayahanda diperlekehkan oleh ahli yang mana kita mengambilnya sebagai ahli perjuangan fil sabililah. Ayahanda teramat sedih, sepatutnya berita sebegini tidak menjadi satu sebutan oleh akhbar. Diharap Ayahanda-Ayahanda , mengambil satu ikhtibar supaya kita menjaga maruah pertubuhan yang berbai'ah. Walillahi, Wabillahi, Watallahi....Allahu Akhbar!!!