YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA

YM PADUKA AYAHANDA PAK UDA
KDRK AHLI 180

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA PEKIDA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN & DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA    PEKIDA
PERJUANGAN HENDAKLAH IKHLS SUPAYA KITA TIDAK DILAKNT OLEH ALLAH SUBHANALLAHTAALA,

Thursday, January 28, 2010

KEKECEWAAN Ayahanda Paduka Pak Uda

Ahli Jemaah yang kurang pengetahuan perjuangan melibatkan maruah dan tanggapan masyarakat terhadap ahli Pekida yang telah berlaku di Tumpat Kelantan, boleh dijadikan pengajaran. Paduka Ayahanda merasa kecewa dengagn apa yang berlaku. Semasa Paduka Ayahanda yang juga merangkap Pembantu Khas Presiden Pekida pulang ke Tumpat bagi melawat ayahandanya yang uzur, berlaku satu insiden antara ahli jemaah sesama ahli jemaah. Sepatutnya peristiwa ini tidak berlaku kalau ahli jemaah memahami kedudukan saya di dalam Ahli Jemaah dan juga dalam Pertubuhan Pekida. Peristiwa yang dimaksudkan adalah berlaku satu pertengkaran antara ahli jemaah Wakaf Bharu dengan Tumpat membabit dan memburukkan ayah-ayah kawasan. Kata-kata yang telah dilepaskan oleh anak jemaah Ayahanda Tumpat amatlah mendukacitakan. Sebagai ahli jemaah tidaklah sepatutnya mempertikaikan perkara yang tidak berkaitan iaitu memburukkan peribadi ayah-ayah. Setahu saya ayah-ayah yang dilantik sebagai ayahanda adalah dikalangan ahli jemaah yang telah diistihar sebagai Abg Long selama beberapa tahun bukanlah dilantik secara segera seperti fenomena sekarang. Selama 30 tahun saya berjuang di dalam jemaah, tidak pernah mendengar anak-anak jemaah mempertikaikan dan memburukkan ayah-ayah yang dilantik di dalam pertubuhan apa sekalipun asalkan dia adalah ayahanda yang dilantik dan di bi'ah secara sah. Ayahanda yang dilantik dalam pertubuhan apa sekalipun, asalkan namanya AYAHANDA, harus dihormati!!!, itulah perjuangan yang dituntut mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Ini kerana ayahanda yang dilantik adalah dikalangan ahli jemaah asal yang tahu tatasusila perjuangan yang sebenar bukan sekadar dilantik untuk kepentingan individu dan ada maksud lain. Kita berjuang atas Sunnah Rasullulah yang digelar FISABILILLAH...Amar Makruf Nahyi Mungkar!
Sebagai ayahanda yang terbabit hendaklah mengajar anak-anak jemaah supaya berbudi bahasa jangan mengikut emosi dan jangan cuba mempertikaikan dan memecahbelahkan sesama sendiri. Mesti faham perjuangan dan hala tuju Perjuangan. Saya memandang serius perkara ini kerana Ayahanda sendiri yang terbabit dalam insiden tersebut. Perkara sebeginilah yang membuatkan persepsi masyarakat terhadap Pekida Malaysia selalu dipandang negatif. Di harap pihak Majlis Tertinggi Pekida Malaysia memandang serius perkara ini, jangan memandang ringan apa yang berlaku. Sekiranya mana-mana ahli jemaah kawasan yang menimbulkan masalah hendaklah ayahanda yang dilantik oleh Pekida Malaysia ditarik watikahnya dengan serta merta supaya Pekida Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat. Mana-mana ahli jemaah asalkan mereka itu berbi'ah hendaklah mengambil iktibar daripada apa yang Paduka Ayahanda katakan di atas supaya kita dapat bersatu dalam perjuangan asal.

2 comments:

  1. bersamalah kita aHLI2 JEMAAH BERSATU demi kebaikan bersama,,,

    ReplyDelete
  2. ///salam ukhwah dari anakanda shamsul dari simpang 3 batu mengkebang kuala krai,kelantan

    ReplyDelete